Tuesday, 20 November 2012


Tip Spray Paint Motorsikal


Pertanyaan yang diajukan..
1) fariz saya nak tnye macam mane nak spray moto sendiri guna spray tin...?? lagi satu spray tin ape yg berkualiti nak gune. kalau ada spray tu,boleh design sendiri kan? 
2) ambok nak tanya skit mane nak dapat extension utk letak kat atas tin spray supaya x lenguh tangan tekan.. 
Jawapan kami..
Thanks pada fariz dan ambok bertanya... Maaf agak lama tertunda lama jawapan tersebut ... Sebenarnya korang boleh cari balik kat entry post terdahulu kat blog saya ni ada beberapa tip/diy yang boleh digunakan... Kena rujuk lah semula yerr... Apa pun saya suggestkan sedikit untuk rujukan korang secara ringkas seperti kat bawah ni...▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Spray Paint Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1) Back to point pertanyaan fariz
Saya cuba cerita sikit tentang cat tin aerosol SAMURAI® paint brand lah... Tapi ini bukan nakpromote tapi nak ceritakan perihal spray cat tin kalau nak spray cat motosikal korang sendiri...kita boleh buat sendiri tak payah hantar kat kedai yang memerlukan kos bukan sikit....

Korang pernah tak jumpa Spray tin aerosol cam kat bawah ni..
Secara Ringkasnya kami terangkan sedikit sebanyak fungsi cat tersebut



plastik primer = Memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik ( selalunya Cover Part plastik getah warna hitam).. penggunaan plastik primer juga dapat elakkan cat cepat tanggal atau terkopek. 
undercoart= colour base = bagi colour base tu sekata sebelum sembur warna yang di ingin kan 
putty primer = Samurai primer putty untuk menutup kesan-kesan calar kecil, cat die biasanya warna kelabu . kalau nak hasil colour yang lebih cun kena spray primer putty sebelum undercoat 
Standart colour (warna pilihan) = warna yang korang nak sembur kat coverset sama ada korang nak gunakan Colour standart aje ke, Khameloen atau matellic .terpulang pada kamu.
lacquer = Sebagai clear atau pelindung lapisan cat dan kasi warna timbul, licin ,menambah kilauan.
_______________________________
Bukan itu saja.. korang boleh terjah laman web http://www.samuraipaint.jp/

Kat laman web ni korang boleh dapat macam-macam maklumat, tip-tip dan DIY tentang cat tin aerosol SAMURAI® paint ni.. Antaranya tip/ Diy yang diberikan macam kat bawah ni..

1) Step by step bagaimana cara spray motorsikal yang disyorkan.. Ada diterangkan..






2) Begitu juga dengan tip-tip spray part-part motorsikal yang boleh dijadikan rujukan..




3) Di terangkan bagaimana nak spray coverset menggunakan net ( jaring)



4) Spray coverset dengan membentuk corak design ikut keativiti..



5) Spray coverset dengan tone warna berbeza pada design dikehendaki..




5) Spray coverset mengunakan cara potongan cardboad pun ada disertakan..



Memang bagus laman web ni.... kerana banyak yang boleh kita pelajari teknik-teknik spray mengunakan spray tin yang boleh kita buat sendiri dirumah dengan mengunakan daya kreativiti yang ada...
_______________________________
Extension Spray Grip
_______________________________
2) Back to point pertanyaan ambok
Semasa kita menjalankan kerja-kerja spray tin ni pada part-part motorsikal ni... memang agak memenatkan bila jari menekan spray cap nozzle pada cat tin tu... memang agak lengoh-lengoh lah jari nak tekan botol spray tin ni... Ok korang boleh gunakan alat extension untuk letak kat atas tin spray supaya tak lenguh tangan dan jari- jemari menekan... Ada jual extension botol spray tin dekat kedai bancuh cat kereta.... harga dia dalam lingkungan RM 25 kalau tak silap lahh...

Bentuk extension botol spray tin atau spray grip macam kat bawah... ada macam- macam brand... ikutlah mana yang korang nak...





_______________________________
Spray Cap Nozzle
_______________________________
Korang perasan tak ... Tudung spray pada botol spray yang ada... sebenarnya terdapat 5 level tudung spray cap yang berlainan bentuk yang memberikan perbezaan jarak, besar dan kecil semburan...


Kadang kala bentuk tudung spray cap ni semua seakan sama ajer.. Tapi korang perasan tak warna pada muncung spray tin tu berbeza-beza.. Warna merah, pink, hijau, biru dan kuning pada muncung Spray cap menunjukkan bentuk semburan samaada halus, kasar, tebal, tirus


kita boleh tukar tudung spray cap untuk mendapatkan corak dan jarak kecil, besar, halus sesuatu semburan yang bagai mana kita hendak gunakan... so kalau kita nak buat semburan halus ( nak buat border garisan) kena tukar tudung spray cap yang bersesuaian (muncung tirus dan kecil )... begitu juga kalau nak buat spray dengan permukaan yang luas.. pun kena tukar tudung spray cap semburan yang lebih besar... kalau kita nak tukar-tukar Size spray cap ni boleh kita beli part berasingan kat kedai bancuh cat juga... ada jual gak spray cap 3 size tu kat sana...
1)

Ada 3 jenis spray cap ni .. Setiap jenis memberikan jarak ( distance ) semburan berbeza
Stem male spray cap pula digunakan untuk tiub sambungan pencucuk lubang antara tudung
( spray cap ) apa bila kita nak tukar spray cap yang berlainan
_______________________________
PESANAN KAMI..

Biasanya kalau kita guna spray tin ni... kita tekan tudung spray cap tu pasti tangan kita terkena cat tu sekali.... Sebab tu lah kalau boleh, gunakan extension spray grip lagi senang .... jari tak adelah lengoh nak picit-picit dan jari pun tak kotor terkena cat spray...

-Prof Hanif-

2 comments:

  1. bang keren artikelnya... ijin share yak.... :D

    ReplyDelete
  2. 1)Adakah perlu gosok selepas spray putty primer?
    2)Adakah perlu spray undecoat lagi selepas spray putty primer?
    3)Atau terus spray warna yg kita hendak selepas putty primer?

    Tq

    ReplyDelete