Prosedur Hantar Motorsikal Balik Sabah Sarawak
Pertanyaan Yang diajukan..
shaqqawishaq aku hujung bulan ni balik ke sarawak... balik kampong terus, masalahnya aku masih buntu camane nk bawa moto aku dr semenanjung. ada prosedur tertentu yg rumit tk?
shaqqawishaq naik apa & brape kos yg trlibat utk pengangkutan? Brape lame boleh sampai
Jawapan kami..
Thanks pada bertanya… uihhh camne nak jawab pertanyaan ni.. rasanya saya bukan orang yang sesuai nak jawabnya… baik anda tanya pada orang yang lebih arif dalam hal ni… Cuma ada sedikit info secara ringkas macam kat bawah ni
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Prosedur Hantar Motorsikal guna Flight
Dari Semenanjung Balik Sabah , Sarawak
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya nak urus dan ikut prosedur penghantaran agak complicated sikit nak buatnya…
1-First buat pemeriksaan kenderaan kat PUSPAKOM dulu, nanti Puspakom tu check nombor chassis dengan nombor enjin, tengok sama ke tak macam dalam geran. pastikan bawak geran motosikal original sekali.. Checking ni semua tu kena RM20 je..Bila dah siap check puspakom akan bagi sijil pengesahan lepas inspection tapi ada tempoh valid untuk sebulan je
2- Submit ke JPJ untuk urusan selanjutnya.... Ambil borang permohonan untuk eksport motosikal ke destinasi mana nak hantar motorsikal tu.. pergi kauter JPJ isi borang sertakan sekali geran dan sijil puspakom tadi. surat pengesahan JPJ menyatakan motorsikal tersebut tiada senarai blakclist, surat tu free je.
3-Kalau motosikal masih ada pinjaman bank,anda perlu mendapatkan surat pengesahan yang membenarkan kenderaan untuk di eksport....
**Eksport kat sini maksudnya adalah bawak balik Sabah Sarawak lah yerr..
** Bila urusan di atas telah selesai,terpulang kepada pemilik nak pilih jenis pengangkutan,untuk menghantar kenderaan ke tempat yang dituju.
a)Nak guna perkhidmatan udara Mas kargo - kalau dengan Mas Kargo memang cepat, kalau semua ok hari ini hantar besok boleh ambil lah.
b)Pengangkutan cargo shipping ( kapal laut ).... memang sangat lambat..mahu dekat 1 bulan..
c)Guna Pos Malaysia atau courier company untuk pos motorsikal tu.. Tapi rasanya Pos Malaysia sekarang dah tak buat service untuk pos motorsikal tu kot… eehhh tak pasti lahhh
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Perkhidmatan Udara MasCargo
Ok..Back to point.... Saya syorkan anda ambik Perkhidmatan Udara Maskargo sebabnya lebih cepat, tidak memakan masa yang lama untuk motorsikal tu sampai dan lebih selamat .. Cuma kena keluar duit lebih sikit lahh...
Caranya ialah..
A-saya syorkan, cari Forwarding & Handling Agents kalau nak senang berurusan. Cuba runding dengan agent berapa bayaran dia habis cerita, nanti dorang la yang urus semuanya dengan Maskargo.. kia tak payah susah-susah pun just bayar ajerr...
B-Kalau kita rajin nak buat sendiri proses urusan dengan Mascargo.. tapi memang agak leceh .. dapatlah jimat kos kita boleh buat sendiri... caranya macam kat bawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebelum Buat Penghantaran Motorsikal
1-Bawa motorsikal anda ke warehouse pergi office Maskargo untuk isi borang daftar maklumat pengirim barang.. dokumen.yang perlu dibawa Geran, Road tax still valid, salinan yang disahkan bank, salinam result puspakom dan JPJ dan juga salinan IC untuk Maskargo akan bagi dokumen utk serahkan pada kastam. lepas tu timbang berat motosikal dulu.. Charge normally ikut berat motor, 1kg dalam bawah RM10.00. kalau motorsikal kapcai anggaran berat motorsikal tu kena bayar lebih kurang dalam lingkungan RM600 hingga RM750 lah..
2-Pergi pejabat Kastam untuk daftar Declaration borang K3.. borang K3 tu kena bayar dalam lingkungan RM 20... Kemudian akan ada Pegawai Kastam akan datang check motorsikal tersebut, then diorang check motosikal, check no Chasis dan no Enjin
3-Then lepas siap pergi balik office maskargo tadi untuk submit pemghantaran Nanti ada kakitangan Maskargo akan suruh anda tanggalkan wayar disconnect bateri, cabut keluar bateri sebab takleh bawak sekali dengan motorsikal dikira barang berbahaya..tangki minyak petrol mesti di kosongkan , minyak hitam enjin pun kena kosong.. ( dinasihatkan bawa botol kosong nak isi minyak petrol dan minyak hitam yang dikeluarkan tadi) .. side mirror pun cabut letak bawah seat..Macam helmet boleh kita kirim sekali lepas tu kakitangan Maskargo akan balut dengan plastik wraping double stand, coverset dan helmet box motorsikal tu.
4-Maskargo akan bagi tau bila flight untuk motorsikal tu berlepas, bila boleh ambil, Sebelum tu, kita kena bagi tau siapa yang akan ambil motorsikal tu dengan Maskargo bila dah sampai nanti..
5-Buat bayaran Maskargo, bagi dia Kunci Moto dan Roadtax, dia pack sekali dengan dokumen kita. geran original kena bagi Maskargo pegang dan ambil balik masa sampai terima kat destinasi nanti..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bila Motorsikal Sudah Sampai Ke Destinasi
1) Maskargo akan talifon anda mengatakan barang dah sampai pada penerima
2) Penerima kena ambil motorsikal dekat warehouse Maskargo.. Penerima akan settle prosedur terima dan bawa keluar barang dari warehouse..
3) Di nasihatkan Penerima kena bawa Minyak petrol dan minyak hitam dalam botol ( sebab nak isi balik minyak petrol dan minyak hitam yang dikosongkan sebelum tu) sila bawak siap-siap tools spanar player untuk pasang balik bateri dan part –part yang di tanggalkan..
Ok setakat ini ajerr yang saya dapat terangkan... Harap sedikit panduan ini mungkin berguna pada yang memerlukan... kalau salah sila betulkan yerr...
-Prof Hanif-
-Prof Hanif-
No comments:
Post a Comment