Tip-tip memudahkan Tanggal sticker Motorsikal

Soalan Guess:
Bro buleh bagi cadangan dak. Macam mana nak tanggalkan stiker coverset ori dari motosikal??
Terutama stiker reflect. gam sticker dia kuat sangat susah giler nk tanggal.. aku nak buang gam dia dengan apa.
Terutama stiker reflect. gam sticker dia kuat sangat susah giler nk tanggal.. aku nak buang gam dia dengan apa.
Jawapan Kami:
EMMM camner nak jawab ni yerr... betul gak aku juga sering menghadapi masalah macam mana nak tanggalkan sticker ni... kadang makan masa lama sampai berhari-hari untuk tanggalkan sticker pada coverset ni.. Kadang tu bila sticker lama ni dah sebati dengan cat boleh terkopek cat time nak tanggal kan.. kalau sticker motorsikal original plak memang seksa pasal putus-putus ajer..
TIP-TIP TANGGALKAN STICKER MOTORSIKAL
Beberapa tip yang boleh digunakan untuk memudahkan sikit proses tanggalkan sticker


Bubuh WD-40 kat sticker tu, biar sebentar . Ambil Hot Air Tool Salai atau layor kan sticker tu agak suam-suam jer.semasa panas suam-suam tu kopek atau cabut pelahan-lahan sticker tersebut.Cuma sisa gam akan melekat sikit dekat permukaan..lebihan gam aku akan gunakan Spray WD-40 sekali lagi ....sembur kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit..Gosok ngan kain... Insya Allah semua sisa gam akan hilang..


Selain tu boleh gunakan bahan seperti ,minyak zippo, spray Label Off 50, petrol, diesel propanol turpentinet atau minyak sepirit..


cabut perlahan2 sticker tersebut.bubuh isopropanol / spirit hilangkan sisa gam . Pastu sapu Wax di atas bekas sisa gam, gosok dengan kain hingga bersih sebab wax ni membersih dan seterusnya menggilap..
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu nak tanggalkan sticker dengan lebih senang lagi tak.... boleh lah korang kongsi ye....
No comments:
Post a Comment