Cegah kecurian Motorsikal

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Salam buat pembaca blog kami... Tiap-tiap tahun blog aku ade menasihatkan "tolong jaga Motor korang semua yerr"....Berhati- hati kawan-kawan ku manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk mencurik Motorsikal kita..Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.
Salam buat pembaca blog kami... Tiap-tiap tahun blog aku ade menasihatkan "tolong jaga Motor korang semua yerr"....Berhati- hati kawan-kawan ku manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk mencurik Motorsikal kita..Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.
Mari lihat Teknik yang biasa Pencuri Motor ni lakukan
Tujuan kami bukan nak mengajar Mencuri tapi cuma berkongsi antara sesama kita supaya dapat kenal pasti antara punca berlaku kecurian...Ni la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan Motosikal
______________________________
Lock Tengkok Motor
Yang ni cara yang biasa selalu dilakukan.. harap korang ambil perhatian... Bahagian utama yang paling senang di hijack ...

Kasi Tendang Handle

Guna master key


Mangga Lock Security Steel
Biasanya kita percaya dengan mangga yang top security steel tu. Harganya boleh tahan mahal kononnya untuk sekuriti. Bukannya nak mengajar tetapi untuk mengingati kita , mangga kita tu pun bukannya power sangat, boleh dibuka dengan mudah sahaja oleh golongan pro.

Guna cutter pemotong besi

Guna Spanar 10 pecah solex

Guna Allenkey

Curah Asid atau liquid nitrogen

Duplicate kunci motorsikal

Angkut Pakai VanNi yang paling senang angkat aje masuk dalam van... Lahanat punya pencuri dia pakai van plak...

________________________________
Tips mencegah kecurian motosikal.

1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
No comments:
Post a Comment