Tuesday, 20 November 2012


Pakai Topi Keledar.....
Topi keledar berfungsi melindungi kepala anda serta mengurangkan kecederaan kepada si pemakainya jika terlibat dengan kemalangan..Cuma nak cerita skit sedikit sebanyak berkenaan pasal helmet ye.... walaupun tak banyak...Itu pun dapat maklumat dari kang kawan masa konvoi tu tempoh hari...

Kadang- kala menyedihkan bila diperhatikan, Kat motor habis beribu- ribu, tapi untuk kepala sendiri, keluar RM30 aje.. yang paling teruk langsung tak ada kesedaran pentingnya pakai topi keledar untuk keselamatan diri sendiri....Beli mahal-mahal tak ade cop Sirim tak guna gak...tak bleh nak pakai kat jalan raya Malaysia, nampak dek JPJ meraung lah jawabnye...Kena lah saman korang..


Logo MS pada topi keledar adalah tanda persijilan Produk oleh SIRIM ialah MS1:1996 dan standart antarabangsa iaitu ANSI Z90-1971,As 1698-1980,ECE R-22 dan BS 6489-1984

Akta Pengangkutan Jalan 1987, Motosikal ( topi keledar keselamatan ) Peraturan 1973... Akta tersebut menyatakan " adalah menjadi kesalahan kesalahan jika anda membekal, menjual dan memakai topi keledar yang tidak menepayi Standart Malaysia".
Selamatkan Kepala Anda selamatkan nyawa anda.. Gunakanlah topi keledar yang disahkan oleh SIRIM dan tunggang Motosikal dengan berhemah....

Stylish and safety..Make it your choice...
Balik Konvoi.. Sempat sekejap singgah kedai Jual Helmet ni... Tengok-tengok helmet yang elok sikit... Ingat kalau ada duit nak sambar Shoei Nego ... Tapi lain kali aje lah... cuma sampai sana rambang mata plak.. semua cantik-cantik dan mahal-mahal belaka...
















MS-88,apollo LULUS SIRIM?
dipetik drpd FZ150i forum..
MS88? Apolo? Aero?maklumat dari kenalan yang berkerja di SIRIM bahagian testing lab Personal Protective Equipment, PPE. Walaupun rata-rata penunggang tidak berpuas hati namun sememangnya helmet ala-ala ayam brand ini telahpun melepasi piawaian & prosedur ujian yang ditetapkan SIRIM. antara prosedurnya seperti diuji dengan ujian suhu tinggi, suhu rendah, ujian impak & etc... dan... SEMEMANGNYA LULUS. Disebaliknya pula, percayakah anda helmet Arai antara yang pecah setelah jalani prosedur ujian di SIRIM. Percayalah
Yang pecah tu aral kot bukan arai... Semua tertanya mcm mane ujian ketahanan helmet dan mcm mane sejenis helmet tu di approve kan .... Kita pakai je la helmet yang dirasakan selamat dan sesuai dengan jentera kita.Ada di kalangan pengguna helmet yang mahu perbetulkan statement di atas .

..Saya Tak setuju..
Secara peribadinya saya menolak secara keras penggunaan ms-88 dan seumpamanya..kerana pggunaan nya tidak memberi apa-apa aspek keselamatan,contoh-si pemakai ms-88,di dapti helmet tersebot terbang dan tidak ketat walaupn tali sudah diikat.penggunaan cengkerang tidak confident, span dalam yang tidak menyerap gegaran dan tali ikatan yang mudah putus..sebab span nipis(takde ciri2 safety langsung) bayangkan impact collision yg berlaku?
Apa-apa pun, tepuk dada, tanyalah poket, nyawa, diri sendiri, orang yang anda sayang dan sebagainya

- Prof Hanif -

No comments:

Post a Comment