Wednesday, 21 November 2012


Tip2 Modifikasi Motorsikal Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan

Tip2 Modifikasi Motorsikal Kupcai
Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan
1.Pemasangan Ekzos
Pemasangan ekzos motorsikal hendaklah ikut spec yang dibenarkan..Tidak boleh ubah suaisilancer, atau tabung ekzos..Bunyi ekzos yang bising memekak telinga .terutama skali yang bunyi letup-letup sampai keluar api-api macam nak berperang.ade plak yang pipe dia mencanak mendongak kelangit.. Ade plak sekarang ni modifide masuk ekzos kereta kat motorsikal..Ade plak double ekzos macam superbike tapi kapcai jer.. Tapi kalo nak try pakai jugak..buat ujian dijabatan Alam Sekitar dan pengesahan puspakom..rasanya memang tak leh lepas la..tp ekzos yoshimura made in japan yg mahal tu mungkin bleh lepas, kalau korang boleh dapatkan surat dari Puspakom..Cubalah korang mintak...
2.Pemasangan Coverset
Penukaran coverset dibolehkan, diluluskan dan tidak perlu surat kebenaran JPJ.Tetapi Coverset yang ditukar perlulah tidak mengubah ciri-ciri dan bentuk asal motorsikal tersebut..Jangan kita sendiri tengok sampai tak kenal dan cam motorsikal.. jauh sangat lari dari bentuk asal..,kalau nak ikutkan spac warna kena sama dalam geran..kalo standet warna Oren,coverset yang nak tukar tu mesti ada dominan warna oren jugak la..jangan hilang trus warna oren ..
3.Pemasangan Footrest


Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanyer de masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. polis tak tahan punye. kalau tahan pon maybe dorang nak tengok je kot. ye lahhh diorang jakun sikit tengok benda-benda pelik cam ni...
4.Pemasangan Brake Disk


Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak besar gaban dari size disc belakang 125z. ape-apa pattern pun tak pe..tak kisah lahh.. Cuma mungkin ade keburukan penggunaan modified brake disc ni..kalau modfide pakai disc brek belakang, memang brek belakang susah nak pakai tak berapa cengkam bila brake emergency mesti telajak.tekan-tekan pedal brake pun tak mau berhenti..kadang tu bila tekan melekat sangat plak sampai membuang belakang..
5.Pemasangan Lampu Berwarna
Penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) di bahagian hadapan terutama jenis projector xenon punya..Pasalnyer cahaya dipancar amat silau yang sungguh terang-benderang, yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata kita itu, itulah kononnya lampu xenon, bila selisih jalan ngan orang guna lampu jenis ni naik pedih mata bila bertentang dengan cahaya lampu jenis ni.Lampu berwarna juga tak dibenarkan termasuk lah pada lampu kecil bawah signal .sila gunakan warna lampu standet mcm lampu besar..hanya lampu merah dibenarkan di bahagian belakang untuk lampu brek.. Lampu signal pula mestilah berwarna oren.Tetapi malangnya, pemandu-pemandu sekarang main pasang saja. Ada kuning, merah, biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.
6.Penggunaan aksesori tambahan
Lain-lain tambahan aksesori tu dibenarkan asalkan tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal motorsikal tersebut.. dan diharapkan tidak membawa kepada merbahaya bila menunggang.. Cuma nak nampak cantik ajer kan...
7.Pengubahsuaian Enjin dan CDI

Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Sebarang pengubahsuaian yang boleh menambahkan kelajuan asal ( modified enjin dan bahagian lain) biar lebih power adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang JPJ...nanti Tak pasal-pasal kena sita pulak motor. Modifikasi sederhana seperti menukar CDI atau roler motor skuter kepada spesifikasi yang lebih baik supaya motor anda mempunyai kuasa tambahan yang berpatutan.sikit-sikit tu mungkin boleh kut..Tapi setengah tempat.. traffic tak benarkan tukar CDI standert ke CDI lain lahh... Modifikasi berat seperti menukar blok enjin motor anda yang telah rosak kepada blok enjin lebih baik. Ini memerlukan pengesahan dan kelulusan pihak penguasa terutama JPJ. Nombor enjin ketuk lagi lah salah siap kena sita lagi... boleh tidor dalam lokap lagi...
8.Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar
pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.Cuma sotong ni adalahh sikit kebaikan: ringan , kecik & tayar putung air dan yang jelas lebih banyak keburukan: mudah pancit & layan corner bulih terbabas terusss pi lungkang...so sapa-sapa yg pakai tyr jenis ni pikirkan-pikir la.
9.Penggunaan Nombor Plat
Nombor Plat bukanlah untuk tujuan fancy atau kelihatan cantik.Nombor plat hendaklah dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat, tulisan tak leh rapat-rapat,sampai hampir nak bercantum, tulisan jelas dan terang boleh dibaca.. papan plat hendaklah warna hitam dan tulisan putih.. tidak memantulkan cahaya, tulisan hendaklah dibuat timbul.. lagi satu kalau nombor tulisan tu kalau tanggal, hilang, tercabut atau patah pun boleh kena saman wo...
10.Penggunaan side mirror dan cover rantai
Tak ade side mirror kat motorsikal .. terang-terang salah.. Tapi sekarang ni ade yang jenis side mirror boleh lipat-lipat… kalau dah terlipat tak pakai memang ler kena saman, sama mcm tak pakai sidemirror tu. Lagi satu penutup cover rantai kalau tak pasang mesti korang kena saman punya lah.. bahaya kalau tak pakai mau kaki masuk dan tersepit celah rantai...

Tip-tip memudahkan Tanggal sticker Motorsikal

Soalan Guess: 
Bro buleh bagi cadangan dak. Macam mana nak tanggalkan stiker coverset ori dari motosikal??
Terutama stiker reflect. 
gam sticker dia kuat sangat susah giler nk tanggal.. aku nak buang gam dia dengan apa.

Jawapan Kami:
EMMM camner nak jawab ni yerr... betul gak aku juga sering menghadapi masalah macam mana nak tanggalkan sticker ni... kadang makan masa lama sampai berhari-hari untuk tanggalkan sticker pada coverset ni.. Kadang tu bila sticker lama ni dah sebati dengan cat boleh terkopek cat time nak tanggal kan.. kalau sticker motorsikal original plak memang seksa pasal putus-putus ajer..
TIP-TIP TANGGALKAN STICKER MOTORSIKAL
Beberapa tip yang boleh digunakan untuk memudahkan sikit proses tanggalkan sticker
Selalunya aku guna WD-40 atau mess pen WD-40 ajer..Sebagai contoh :
Bubuh WD-40 kat sticker tu, biar sebentar . Ambil Hot Air Tool Salai atau layor kan sticker tu agak suam-suam jer.semasa panas suam-suam tu kopek atau cabut pelahan-lahan sticker tersebut.Cuma sisa gam akan melekat sikit dekat permukaan..lebihan gam aku akan gunakan Spray WD-40 sekali lagi ....sembur kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit..Gosok ngan kain... Insya Allah semua sisa gam akan hilang..

Kalau tak ade Hot Air Tool ni korang bolehlah gunakan Hairdrayer..untuk Sticker reflection lak....stickernya agak payah nak tanggal....jadi selalunya memang kena salai pakai api lighter skit....

Selain tu boleh gunakan bahan seperti ,minyak zippo, spray Label Off 50, petrol, diesel propanol turpentinet atau minyak sepirit..
Yang nak remove sticker kadang kala aku pakai petrol, turpetine atau diesel then pastu kena cepat-cepat basuh dengan sabun..Kadang kala tu gune minyak zippo atau minyak sepirit je...tapi ko kene korek sikit sticker tu kat penjuru die then titiskan minyak zippo atau minyak sepirit ...cat pun tak rosak...aku dah pernah try buat...Tapi Kalau Jenis Multy purpose yang lain aku tak jamin ade kesan tak pada cat asal tu...kadang tu lebihan gam saya akan gunakan sembur LABEL OFF kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit.gosok plak bersih-bersih ngan kain....insyaAllah semua gam lebihan akan hilangContoh seterusnya:
cabut perlahan2 sticker tersebut.bubuh isopropanol / spirit hilangkan sisa gam . Pastu sapu Wax di atas bekas sisa gam, gosok dengan kain hingga bersih sebab wax ni membersih dan seterusnya menggilap..

Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu nak tanggalkan sticker dengan lebih senang lagi tak.... boleh lah korang kongsi ye....

Scooter Wanita dan tip2 penjagaan

Soalan yang diajukan:
black cat said... ada x penerangan penjagaan utk scooter???
Jawapn kami:
Scooter berasal dari scoot yang ertinya berlari kencang. Etimologi kata scoot berasal dari bahasa Skandinavia iaitu “skjOta” yang maksudnya menembak.Scooter mempunyai enjin kecil berkuasa diantara 50cc hingga 150cc..tetapi sekarang skuter pun boleh pecut diantara 250cc hingga 900cc.. enjin skuter terletak dibahagian bawah tengah tempat duduk dengan enjin satu selinder dan kebanyakkannya menggunakan transmisi automatik ... senang nak bawak tinggal press minyak je.. terus jalan..
Scooter yang sesuai untuk Wanita
so kali ni aku nak tanya pendapat korang mengenai motor Scooter dengan gegirl and ladies.Sesuai tak kalau mereka bawak scooter ni...
Pendapat aku,scooter lebih sesuai digunakan oleh kaum perempuan.. Majoriti wanita kat luar sana pon memang suka pilih scooter...sebab dia senang nak bawak..tak payah susah payah masuk gear....lagi satu kalau wanita bawak scooter pakai baju kurung, kain tu tak la terselak kan.sebab dia memang ada tempat letak kaki kat motor ni.naik skuter kedua mesti kaki terkepit gitu...alahaiii ayu lagi tu! hehe..motor jenis ni memang nampak ladies sangat..hehe

Antara Scooter pilihan wanita
Tip2 Penjagaan Scooter
Bagi kaum wanita kat sini aku ajar macam mana Menjaga Scooter 
Khusus buat kaum wanita...Amalkan memeriksa dan luangkan masa meneliti setiap bahagian skuter anda. Ikuti jadual penjagaan dicadangkan pengeluar scooter, menggunakan pelincir dan alat ganti tulen dan berkualiti.
1)Penukaran minyak hitam dilakukan mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km..Tapi aku selalu servis minyak hitam, aku tukar ikut kekerapan perjalanan. contoh kalau motor aku jalan 1000km tapi dah sebulan aku gune minyak hitam tu, maka aku tukar. contoh ke2 lak, walaupun motor aku belom sebulan tapi aku dah jalan 2000km maka aku tukar jugak. minyak engine penting woo!
walaubagaimanapun, aku tau poket kite selalu tak berduit, jadi set dulu jenis minyak ape nak pakai pastu beli extra ble dpt gaji. kan senang.
minyak hitam yang di syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) so elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...Penggunaan Shell VSX untuk skuter pilihan yang baik kerana kualiti Shell VSX adalah yang terbaik bagi rangkaian minyak pelincir Shell Advance. Pelincir semi-sintetik ini mempunyai tahap kestabilan oksida yang lebih baik pada suhu operasi enjin yang tinggi dan ini menjamin prestasi serta perlindungan bagi enjin pada cuaca panas dan perjalanan jauh.
2)Servis air filter. Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udaraServis Karburetor..setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk.
3) Penggantian palam pencucuh pula perlu ditukar setiap 10,000 km untuk memastikan percikan api sentiasa berada dalam keadaan baik.
4)Periksa Brake berfungsi,Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe.
5)Periksa air bateri selalu dan pastikan ia berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya.
6)Periksa keadaan belting.. tukar belting dalam kira 1700km...lebih kurang dalam 2-3bulan sekali .. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali
7) Minyak gearbox, tukar 1st kalau boleh time 500km pertame sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, aku tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tp max 10000km. ni pendapat aku ye,
8)Periksa motosikal anda untuk mengenalpasti kerosakan kerosakan kecil yang lain sebelum ia merebak menjadi kerosakan lebih besar.
Sayangi motosikal anda dan cuba ambil masa untuk membersihkannya sendiri kerana ia membantu anda mengenal pasti kerosakan. Sentiasa pastikan setiap bahagian bergerak lancar dan dalam keadaan baik

Tuesday, 20 November 2012


Cegah kecurian Motorsikal


AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Salam buat pembaca blog kami... Tiap-tiap tahun blog aku ade menasihatkan "tolong jaga Motor korang semua yerr"....Berhati- hati kawan-kawan ku manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk mencurik Motorsikal kita..Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.

Mari lihat Teknik yang biasa Pencuri Motor ni lakukan
Tujuan kami bukan nak mengajar Mencuri tapi cuma berkongsi antara sesama kita supaya dapat kenal pasti antara punca berlaku kecurian...Ni la kelemahan kita sebagai pengguna biasa, kita tak tahu apa yg pencuri tahu.... dengan maklumat ni, kita boleh la buat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan Motosikal
______________________________

Lock Tengkok Motor
Yang ni cara yang biasa selalu dilakukan.. harap korang ambil perhatian... Bahagian utama yang paling senang di hijack ... 
Kasi Tendang Handle
Kasi Tendang kuat-kuat... Patah lock Tengkok motor ni.... handle bagi lock patah (Ni pun penah kena kat 125z aku dulu.. tapi pencuri tu bodo sepak tak kuat last2 trus sangkut.. selamat)

Guna master key

Cucuk ngan alat master key ni kat lock suis motor..master key.. bagi jem spring2 dalam kunci tu.. (pernah kena kat rumah)

Mangga Lock Security Steel
Biasanya kita percaya dengan mangga yang top security steel tu. Harganya boleh tahan mahal kononnya untuk sekuriti. Bukannya nak mengajar tetapi untuk mengingati kita , mangga kita tu pun bukannya power sangat, boleh dibuka dengan mudah sahaja oleh golongan pro.

Tolonglahh jangan pakai solex RM10.. solex beli kat Giant, ke Tesco ke jenis Cap Ayam ke... yang dapat 3 ketul dalam 1 bungkus RM 15 dan ade gak 10 ketul RM 25 pun ade. anak kunci suma sama.
Guna cutter pemotong besi
Gunakan Cutter Potong Tangkai Solex... Ni cara paling senang paling cepat... Tolong cari solox yang anti cutter punya yerr...

Guna Spanar 10 pecah solex
Membuka Solex pakai spanar 10.... Macam senang aje kopak lock ni kan.. kan kunci kita ada lekuk2.. lekuk2 tu la combination spring kat dalam tuk bagi moto kita on.. diorang cucuk dalam lubang kunci bagi jem.. pakai Spanar 10 atau skrudriver mata rata pun boleh.. pakai batang tajam pun boleh....

Guna Allenkey
Pencuri bukak tayar Pastu Pencuri gunakan allenkey untuk depan buang aje disk brake depan... pasang balik tayar ... tayar dah boleh berpusing tanpa halangan solex

Curah Asid atau liquid nitrogen
Ada orang kata...try tuang asid kat kunci solex tu.. ha..leh reput ke?huhu...ada plak guna liquid nitrogen .. Kalau solex murah.. senang je.. tuang asid.. patah la benda kat dalam tu
Duplicate kunci motorsikal
Kat sini aku nak sangat nasihatkan... Tolong jangan percaya sangat kawan yang tak berapa rapat...ada jenis kawan makan kawan.. pinjam moto.. bawak pergi kedai buat pendua... malam curi dengan mudah je.. selalu kat rumah bujang..

Angkut Pakai VanNi yang paling senang angkat aje masuk dalam van... Lahanat punya pencuri dia pakai van plak...
Kalau cara ni tak leh nak buat apalah kalau pencuri tu angkat masuk van.. nak cakap pun susah
________________________________
Tips mencegah kecurian motosikal.
Meh ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil elak kecurian
1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.