Tuesday, 4 December 2012

Yamaha TZM & Yamaha FZ150i




Soalan nabilah_2908:sy nk tnya tntg motor Yamaha TZM..
sy nk tahu..harga sebenar motor ni..berapa yer..?
sy cuba cari di internt..kebynkknnya berikan harga yg 2nd hand...
boleh bantu tak tuk projek penulisan sy..?
Jawapan Kami:
Erra Motosikal 2 lejang...Zaman muda mudi ku dulu-dulu.. Di era 1990an, Itu pertama kalinyaaku mengenal dunia permotoran.. Tapi pada zaman tu brand YAMAHA ni dikira YANG MAHAL. Harganya dekat RM 12-13 ribu . dan bukan semua budak muda mampu pakainya. Kalau mat kilang macam aku dulu-dulu lahh kena perah keringat siang malam ,pagi petang seharian suntuk kerja shif dan overtime gila-gila baru lahhh dapat memenuhi impian memiliki sebuah TZM, Kalau nak diikutkan hanya level Technician atau supervisor aje yang mampu pakai, (masa tu gaji keje kilang berapa sangat beb).... nak sara motor ni perit.. Menderita lah.. Semua memerlukan banyak duit yang dikeluarkan.. Banyak makan duit lah..Dari nak isi minyak, servis dan penjagaan.. belum lagi klu meragam rosak... P-valve dia klu rosak nasiblah korang nak betulkan.. Tukar tayar baru sebiji tayar mau ratus-ratus lah.. kalu pakai tzm mencanak2 le minyak..Sume tau kan 2 stroke engine menelan minyak bagaikan gajah minom air..Pastu apa lagi jual lerrrrr…dah rasa perit , sakit ikat perut nak sara motor ni..
Apa yang aku minat kat TZM ni ialah bentuk dan designnya..sangat sporty..ditambah dengan enjin 150 cc menjadikan penunggangnya berada dalam kelas yang tersendiri. Tambah pulak pakai jaket kulit dan helmet ARAI full face ...aduh...aku terbayang bawak TZM ronda-ronda up-town dan lepak-lepak amik angin sambil usya awek...pasti cool....ok lagi satu Yamaha TZM memang dianggap powerlah sebab 150 cc. Memang pada masa tu ada RXZ, Panther dan Kawasaki KIPS tapi pada aku semua itu tak jarang-jarang dapat 'pukul' TZM
tapi sekarang legasi 150cc oleh yamaha yang da pupus.. TZM pun dah tak dikeluarkan lagi..harga TZM memang dah jatuh menjunam. Sekarang, dengan RM 3500 sebuah TZM 2nd hand sudah boleh dimiliki....
Yamaha FZ150i 
keputusan Yamaha menghentikan pengeluaran model TZM pada 2001, Selepas tujuh tahun kemudian, kompeni Yamaha telah menggantikan model TZM dengan model FZ150i. Senang cakap, kira FZ150i ganti model TZM lah niModel itu amat berbeza sekali dengan TZM. Ia merupakan jentera empat lejang dengan rekaan yang berkonsepkan naked bike..Secara umum, dari segi enjin FZ150i mempunyai kapasiti 149.8cc empat injap Single Over Head Cam (SOHC), sejukkan cecair.FZ150i merupakan motosikal 150cc, 4 injap sejukan,Ciri yang paling hebat pada motosikal ini iaitu menggunakan sistem suntikan bahan api sebagai nadi penggeraknya.Dengan meggunakan penghidup elektrik cuma sekali ‘tekan’ jer dah menderum bunyi enjin.Struktur enjin FZ150i menyamai enjin model kapcai iaitu Yamaha 135LC
Tetapi FZ150i mempunyai persamaan kerangkanya dengan Yamaha TZM 150 iaitu jenis delta box, penggunaan penyerap hentak jenis monocross (monoshock) memastikannya lebih stabil dan mempunyai kelebihan ketika mengambil selekoh dan membawa pembonceng. lebih ringan sekali gus menjimatkan minyak. Satu tangki penuh petrol berkapasiti 12 liter mampu ditunggang sejauh 280 kilometer (km) hanya dengan sekali isian. FZ150i dijual pada harga RM7,998 tidak termasuk cukai jalan..
Modifide FZ150i ke R15
Ramai dah orang covert FZ150i ke R15.Nampak lahh macam real motorbike. Pasang fairing R15 perlu customise bracket.. tapi tank kene tukar kalo nak jadi sebijik YFZ-R15... antara FZ dengan R15 ni spec sumer sama ngan FZ bezanyer cuma R15 comes with 6 speed gebox FZ cuma ade 5
Hah ni contoh Yz150i telah diconvert ngan faring R15..bahagian belakang di guna CBR punya.. nampak sebijik macam motorbike besor
Namun sedikit kekecewaan bagi kaki-kaki motor sport sebabnya model tidak mempunyai fairing seperti model dulu Yamaha TZM150. Kalau model berfairaing ada kemungkinan macam goreng pisang panas.Namun dari segi kuasa maksimum memang tak boleh dibandingkan antara TZM 2 lejang dan FZ150i 4 lejang powerr lagi 2 lejang kann....Perkara yang lebih penting Motor ni dicipta untuk penjimatan minyak.